Sunday 31 December 2017

PILIHAN RAYA (SURUHANJAYA PILIHAN RAYA)

                                       
                         SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

*Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 merupakan suruhanjaya yang menyelia,mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia.Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.



                 
      
                  KEANGGOTAAN SPR

*Semasa penubuhannya pada 1957,SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli.


*Pada tahun 1963,penubuhan Malaysia ahli SPR telah ditambah kepada tiga orang.Ahli tambahan tersebut berasal daripada Sabah atau Sarawak yang dilantik bergilir-gilir.Datuk Abang Haji Marzuki berasal daripada Sarawak dan merupakan ahli pertama yang mewakili Sabah dan Sarawak.

*Pada tahun 1981,pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat untuk pelantikan seorang Timbalan Pengerusi.Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama yang mengisi jawatan Timbalan Pengerusi.

*Pada tahun 2002,Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR menjadi tujuh orang,iaitu seorang Pengerusi,seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak.

*Syarat kelayakan ahli SPR ialah:
a)Berumur tidak lebih daripada 65 tahun.
b)Seorang yang tidak muflis.
c)Tidak memegang jawatan bergaji yang lain.
d)Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

*Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir .Encik H.Cassidy setiausaha pertama yang dilantik dari tahun 1957-1958.

*Pilihan raya di Malaysia dipertanggungjawabkan kepada SPR dari segi urusan dan perjalanan pilihan raya.





           
                        FUNGSI SPR

*Fungsi SPR adalah seperti yang berikut:
a)Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya.
b)Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih.
c)Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
d)Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.

*SPR juga telah menubuhkan urus setia yang diketuai seorang Setiausaha sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir Urus Setia yang dibantu sekumpulan kakitangan awam.SPR juga wajib mengikuti garis panduan dan dasar-dasar SPR untuk memastikan pilihan raya sentiasa efektif ,adil dan saksama.

No comments:

Post a Comment