Sunday 26 November 2017

KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU MELAKA

                                     ASAL USUL KERAJAAN MELAYU MELAKA


         
                     Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar. 




                                                       MELAKA MENDAPAT NAMA



 Ketika sampai di perkampungan nelayan itu, Parameswara dan para pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok.  Ketika Parameswara sedang berehat, seekor anjing perburuannya telah ditendang oleh seekor pelanduk putih. Kejadiaan itu merupakan sesuatu yang luar biasa  bagi Parameswara. Kemudian, beliau pun memutuskan untuk mendirikan kerajaan di situ. Beliau mengasaskan tempat itu istimewa dan luar biasa. Beliau telah berbincang dengan pengikutnya tentang nama yang sesuai untuk tempat itu. Setelah berbincang, Parameswara telah menamakan tempat itu sempena nama pokok tempat beliau berehat iaitu pokok Melaka.   



                                    KERAJAAN MELAKA LAMA

   Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan di mana kuasa pemerintahan terletak di tangan pemerintah dan pegawai-pegawai Melayu sepenuhnya. Pemerintah Melayu di Melaka berasal dari Singapura, iaitu selepas kekalahan Kerajaan Melayu Singapura di tangan Siam. Kesultanan Melayu Melaka telah bertahan lebih dari satu abad, bermula dari penghujung kurun ke –14 sehingga permulaan kurun ke-16, iaitu dari tahun 1394 sehingga tahun 1511. Di bawah kekuasaan pemerintah Melayu, Melaka bukan hanya menjadi sebuah kota perdagangan yang maju tetapi juga merupakan pusat penyebaran ajaran Islam kepada seluruh kepulauan Melayu. Selepas kejatuhan Empayar Seri Vijaya dan Majapahit di penghujung abad ke-14, Melaka telah meneraju dan mengekalkan pemerintahan Melayu di kepulauan Melayu. Kestabilan politik dan sistem perundangan yang adil berjaya menarik para pedagang dari segenap pelusuk kepulauan Melayu ke Melaka. Para pedagang dari China, benua kecil India, Pegu di Burma dan Tanah Arab juga telah datang ke Melaka untuk berdagang.



          PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL
             
Apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1403, seorang duta dari China telah tiba dari negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara, Ini telah membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Pada tahun1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China. Lalu kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabalkan menjadi raja. Seterusnya, pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja disamping sebuah prasasti kepada Parameswara . Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China dan oleh yang demikian kerana, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru ketika itu. 


Senarai Nama Pemerintah dan tahun pemerintahan Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Sultan Iskandar Syah merupakan pemerintah Melaka pertama yang memeluk islam. Sistem pemerintahan disebut 'raja mutlak' yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu. Melaka juga dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya . 


Fungsi Sultan
  • Mempunyai perkenan melantik para pembesar
  • Pentadbir
  • Pelaksana undang-undang dan peraturan
  • Menghakimi perbicaraan
  • Mengawal keselamatan
  • Mentadbir hal ehwal pelabuhan
  • Merancang hubungan antarabangsa
  • Melaksanakan protokol dan adat istiadat istana                                                                      
              
                
                MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG

  Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjnnya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat, misalnya dari  negara  China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.Selain itu,kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran agama islam.Justeru, Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana islam diisytiharkanagama  sebagai  rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, ung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Hal ini kerana, kedudukakebudayaan dan kesusasteraan.


                1.7 FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

              Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu:
(i)                 Faktor semula jadi atau geografi
(ii)                Faktor ekonomi
(iii)               Faktor politik
      
             Faktor Semula Jadi atau Faktor Geografi
             Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa dan sekali gus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia pada waktu itu, iaitu di antara benua India dengan benua China.Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’, iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran, iaitu Angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan November hingga Mac dan Angin Monsun Barat Daya yang bertiup pada bulan April hingga Oktober. Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit menjadi yang mesti dilalui oleh semua pedagang untuk ke mana-mana destinasi. Lorong yang sempit menjadikan daratannya berpotensi besar untuk disinggah. Kelebihan ini ditambah pula dengan kedudukan Selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang.Kemasyhuran perdagangan Melaka juga dipengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya. Sumber ini meliputi hasil hutan seperti kayu-kayan untuk menghasilkan kayu wangi, damar dan rotan.Orang Melayu pesisir (disepanjang sungai dan pantai Melaka) memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil hutan, manakala pengumpulan hasil hutan sebenarnya dilakukan oleh masyarakat orang Asli persekitaran yang telah mendiami kawasan pendalaman sejak zaman prasejarah lagi. Kelompok ini berkemahiran mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan, akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus yang bermutu ataupun yang rosak. Mereka berperanan membawa hasil-hasil hutan ke pantai, pingir sungai dan kawasan penempatan kampung Melayu di Melaka dengan menggunakan jalan sungai.Hubungan masyarakat orang Asli dengan orang melayu dari segi pertukaran barang (sistem barter) menunjukkan bahawa sistem perdagangan tradisional telah pun wujud di Melaka sebelum muncul sebagai pelabuhan antarabangsa.Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana Semenanjung Tanah Melayu kaya dengan sumber galian, khasnya emas.Tempat perlombongan emas yang banyak telah menjadikan Semenanjung Tanah Melayu masyhur pada masa dahulu.Tradisi menggunakan warna kuning dalam institusi diraja Melayu Melaka dan negeri –negeri yang lain juga berkaitan dengan kemewahan pengunaan emas di istana raja-raja Melayu.Sejak abad pertama lagi ,pedagang-pedagang India telah mula keluar dan mencari Semenanjung Emas ini apabila bekalan emas daripada Empayar Rom terhenti (ekoran tindakan Maharajanya yang mengharamkan eksport emas apabila pengeluaran terhad akibat ketidakaman di Siberia).Penciptaan kapal-kapal layar yang baik juga turut mendorong pedagang-pedagang India keluar mencari sumber emas tersebut.Selain emas, bijih timah juga telah diusahakan semenjak awal Masihi lagi.Terdapat kawasan lombong  bijih timah yang banyak di Semenanjung Tanah Melayu. Misalnya catatan menyatakan ,sejak abad ke-5 Masihi lagi bijih timah telah didagangkan ke India untuk dicampurkan dengan gangsa.Timah digunakan dalam industri pembinaan patung-patung dewa dewi mereka.Walaupun cara  melombomh ketika itu masih berifat primitive, namun kaedah tersebut tetap mendatangkan keuntungan.Pelabuhan Melaka berfungsi sebagai pusat pengedaran hasil timah pada dekad-dekad berikutnya.Di pesisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau.Daun nipah digunakan untuk menganyam tikar dan atap.Nira nipah digunakan untuk membuat minuman arak, manakala kayu bakau dijadikan kayu api.Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton,iaitu tumbuhan laut yang menjadi makanan haiwan laut.Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan pertumbuhan hasil laut.Sebagai contoh, siput, kerang dan tiram mutiara mudah didapati di sini,sehinggakan kulit atau cengkerang kowri (kowri atau cowrie ialah sejenis siput laut) pernah dijadikan mata wang yang meluas sebelum mata wang logam diperkenalkan ketika itu.Kajian arkeologi menunjukkan cengkerang kowri telah digunakan sejak abad ke-5 dalam perdagangan dalam rantau ini.Kedatangan pedagang Cina ke rantau ini turut menggalakkan industri hasil laut kerana makanan (sup) dan perubatan mereka yang banyak menggunakan akar pokok ‘bahar’ dan juga ‘teriang’.Industri hasil laut pada ketika itu memperlihatkan peranan Orang Laut. Hal ini kerana ,hanya mereka sahaja yang mengetahui kedudukan hasil-hasil tersebut di dasar laut dan di sokong dengan kemahiran berenang dan menyelam.Sumbangan mereka turut menggalakkan perdagangan dan ekonomi di Melaka. 
                      Faktor Ekonomi
         Ekoran kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan, Melaka dilimpahi kemewahan barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil seperti rempah, rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.Hasil, Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan interpot yang maju dan berjaya.
            Faktor Politik danPentadbiran
           Hubungan rapat antara Melaka dengan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman  Siam yang kuat pada waktu itu.Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan diplomatik. Di samping itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan lancar.



                     KEJATUHAN MELAKA

         Kegemilamgan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah,Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.Namun,kerajaan Melaka didapati kian merosot pada akhir abad ke-15,terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah.Faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini boleh dikelaskan kepada faktor dalaman dan luaran.


                      FAKTOR-FAKTOR DALAMAN

              Kelemahan pemerintah Melaka,semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah,beliau didapati mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya,Sultan Mansur Syah.Ayahandanya seorang yang gagah,berani dan tegas namun baginda menolak kekerasan.Oleh itu,tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman pemerintahan baginda.Dan menyebabkan banyak wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing.Keadaan bertambah buruk semasa ketakhtaan Sultan Mahmud.Baginda digambarkan sebagai seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya.