Sunday 3 December 2017

KERAJAAN JOHOR

                           
                                  KERAJAAN JOHOR

              Legasi sesebuah kesultanan itu tidak boleh dianggap hapus sekiranya rajanya masih hidup.Demikian juga bagi sultan-sultan Melaka.Biarpun kotanya ditawan oleh Portugis,namun sultan yang berundur membawa bersama kedaulatan kerajaan pada tubuhnya.Hal ini memungkinkan sultan tersebut mendirikan kerajaan baharu di mana-mana lokasi atau negeri yang difikirkan berpotensi untuk dibangunkan.


                    PENGASASAN KESULTANAN JOHOR


*.Selepas kekalahan Melaka,Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya Sultan Mahmud Syah berserta pengikut-pengikutnya mereka telah berundur ke selatan.Sultan Mahmud Syah bersemayam(menetap) di Batu Hampar sementara Sultan Ahmad Syah membuat kubu di Pagoh kerana ingin membuat persediaan untuk merampas semula Melaka daripada Portugis.

*.Walau bagaimanapun,rancangan Sultan Ahmad berjaya dikesan oleh Portugis,lalu Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud berundur ke Pahang.Kemudian,mereka berhijrah pula ke Bentan dan bersemayam(menetap)di Kopak.Sultan Ahmad mangkat(meninggal dunia)di Kopak dan dimakamkan di Bukit Batu.Baginda digelar Marhum di Bukit Batu.

*.Selepas itu,Sultan Mahmud melantik puteranya bernama Raja Muzaffar,iaitu dengan puteri Kelantan,Puteri Onang Kening,sebagai pengganti baginda dan digelar Raja Muda.

*.Namun,apabila isteri Sultan Mahmud yang lain(Raja Fatimah)selamat melahirkan seorang putera bernama Raja Ali,kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas.Atas permintaan Raja Fatimah,Sultan Mahmud menabalkan Raja Ali sebagai Sultan Muda.Sultan Mahmud bersemayam di Bentan hampir 13 tahun,iaitu dari tahun 1513-1526.dalam tempoh tersebut,Portugis telah beberapa kali menyerang Bentan,iaitu pada tahun 1521,1523 dan 1524.

*.Walaupun,Sultan Mahmud lama bersemayam(menetap)di Bentan,namum tidak berjaya mendirikan kerajaan yang tetap dan kukuh.Baginda kemudian berundur ke Kampar,Sumatera apabila diserang oleh Portugis pada bulan Oktober 1526.Di Kampar,baginda bersemayam(menetap)di Istana Kampar,milik saudara baginda,Almarhum Sultan Munawar Syah dan sekali gus menerajui pemerintahan Kampar.Sultan Mahmud mangkat(meninggal dunia)di Kampar pada tahun 1528 dan bergelar Marhum Kampar.

*.Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah.Sementara Raja Muzaffar yang disingkirkan sebelum ini telah membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah(memerintah hingga tahun 1549).

*.Sultan Alauddin kemudiannya berpindah ke Pahang dan mengahwini puteri Pahang,Puteri Kesuma Dewi.Lalu,baginda berpindah pula ke Johor dan membuka petempatan yang tetap di Johor pada tahun 1528 di Hujung Tanah.Dengan itu,beliau disebut sebagai Sultan Johor yang pertama bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah.



  PEMERINTAH-PEMERINTAH JOHOR DAN PUSAT-PUSAT                                                   
                                        PENTADBIRAN

*Sejak Kesultanan Johor diasaskan sehinggalah kini,Johor telah dipimpin oleh 23 orang sultan.Selepas pengasasnya,Kerajaan Johor Lama dipimpin oleh sembilan orang sultan iaitu;

1.Sultan Alauddin Riayat Syah  (1528-1564)
2.Sultan Muzaffar Syah              (1564-1570)
3.Sultan Abdul Jalil Syah           (1570-1571)
4.Sultan Ali Jalla Abdul Jalil
   Syah ll (Raja Umar)                 (1571-1597)
5.Sultan Alauddin Riayat Syah
   ll (Raja Mansur)                       (1597-1615)
6.Sultan Abdullah Muayat
   Syah (Raja Seberang)              (1615-1623)
7.Sultan Abdul Jalil Syah
   lll (Raja Bujang)                      (1623-1677)
8.Sultan Ibrahim Syah
   (Raja Ibrahim)                          (1677-1685)
9.Sultan Mahmud Syah               (1685-1699)


*Bermula pada tahun 1528 hingga tahun 1721,pusat pentadbiran kerajaan Johor sentidas berpindah-pindah.Perpindahan ini kerap berlaku ekoran serangan Portugis dan Aceh,serta apabila berlaku penggantian sultan.

*Pusat pentadbiran kerajaan Johor yang diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah pada tahun 1528 di Hulu Sungai Telor berpindah ke Sarong pada tahun 1535 dan Johor Lama pada tahun 1540.Sultan Muzaffar Shah kemudian memindahkan pusat pentadbiran ke Kota Seluyut.Sementara itu ,Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Sjah pula dari Seluyut ke Tanah Puteh dan kembali ke Johor Lama di sebuah tempat bernama Batu Sawar.Baginda berpindah lagi pada tahun 1608 ke Passar Raja.

*Sultan Abdullah Muayat Syah kemudian berpindah ke Lingga.Apabila Aceh menyerang Lingga pada tahun 1623,baginda berundur ke Pulau Tembelan dan mangkat pada tahun yang sama.Sultan Abdul Jalil Syah yang menggantikan baginda kemudian mendirikan kota di Batu Sawar semula,tetapi berpindah ke Pahang pada tahun 1673 apabila Johor tewas diserang Jambi.Pahang pada tahun 1673 apabila Johor tewas diserang Jambi.

*Apabila baginda mangkat pada tahun 1677,Sultan Ibrahim mendirikan kota di Pulau Bentan.Seterusnya,pengganti baginda Sultan Mahmud telah dibawa bendahara ke Kota Tinggi pada tahun 1688 dan membangunkan kotanya di sana.

*Sultan Mahmud mangkat di Kota Tinggi pada tahun 1699 setelah dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama dan baginda digelar Marhum Mangkat Dijulang.Kemangkatan baginda memperlihatkan perubahan tampuk pemerintahan kerajaan yang diambil alih oleh keluarga bendahara.Bendahara Tun Abdul Jalil diangkat sebagai sultan bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV yang membuka petempatan baharu di Panchur.

*Pada tahun 1718,kerajaan Johor diserang dan ditawan oleh Raja Kecil dari Siak.Beliau menabalkan dirinya sebagai Sultan Johor yang baharu bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.Baginda memindahkan pusat pemindahan pusat pentadbiran dari Panchur ke Riau di Pulau Bentan.Kemudian,baginda Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah berjaya dikalahkan oleh putera Sultan Abdul Jalil IV,iaitu Raja Sulaiman .Seterusnya,Raja Sulaiman pula ditabalkan sebagai sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1722.Baginda terus bersemayam di Pulau Bentan.


    PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR SEHINGGA TAHUN     
                                               1718


*Oleh sebab Kesultanan Johor diasaskan oleh warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka,maka kerajaan ini banyak mewarisi sistem dan bentuk pentadbiran daripada Kerajaan Melaka,Pentadbiran pada peringkat pusat dan kedudukan tertinggi dalam kerajaan adalah sultan yang dibantu oleh pembesar-pembesar utama seperti Bendahara,Temenggung,Raja Indera Bongsu (Penghulu Bendahari),Laksamana dan Syahbandar.

*Selain itu,wujud juga jawatan lain seperti Seri Bija Diraja,Seri Perdana Menteri,Seri Nara Diraja dan Seri Amar Dirija dan Seri Amar Diraja di samping pembesar-pembesar agama seperti kadi dan imam.

*Bendahara ialah orang yang berkuasa selepas sultan.Namun,ketika pemerintahan Sultan Ibrahim(1677-1685) dan Sultan Mahmud(1685-1699),Laksamana Tun Abdul Jamil menewaskan Jambi dan mengembalikan maruah Johor menyebabkan Sultan Ibrahim menganugerahkan gelaran Paduka Raja kepada beliau.Gelaran tersebut ialah gelaran tertinggi yang lazimnya hanya disandang oleh Bendahara.

*Kekuasaan keluarga Laksamana Tun Abdul Jamil akhirnya terpaksa berundur ke Terengganu dan dibunuh pada tahun 1688 atas arahan Bendahara Tun Habib.

*Keseluruhannya,dalam struktur pentadbiran kerajaan Johor lama dan di bawah kekuasaan sultan,berdiri kumpulan menteri yang berperanan meneguhkan lagi institusi Kesultanan Johor.Seterusnya,terdapat unit Orang Kaya.Dalam kelompok inlay wujudnya gelaran-gelaran seperti Dato' Bendahara,Paduka Raja Tuan Pikrama,Laksamana,Temenggung,Sri Bija Diraja,Sri Nara Menteri,Seri Nara Diraja,Sri Bija Wangsa,Paduka Seri Maharaja,Seri Pikrama Raja,Sri Mahawangsa dan Maharaja Indera Denda.Bagi pentadbiran pada peringkat jajahan,terdapat dua kategori pentadbiran jajahan, iaitu jajahan di Tanah Melayu dan jajahan di Sumatera.

*Negeri-negeri yang members taat set kepada Melaka dahulu mengubah saat setia mereka kepada Kesultanan Johor.Fenomena ini mengukuhkan lagi kerajaan Johor.

   

No comments:

Post a Comment