Sunday 14 January 2018

Konsep-konsep Dalam Hubungan Kaum Dan Etnik


                 MASALAH-MASALAH AWAL PERPADUAN  KAUM                                       RAKYAT MALAYSIA

*Kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan apabila tercetus rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
*Walaupun berlaku di Kuala Lumpur sahaja,peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat.

  




    PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN

*Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka,masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum seperti:
 *Kampung Melayu
 *Kampung Jawa
 *Kampung India
 *Kampung Cina

*Pemisahan tempat tinggal wujud pada awal kemerdekaan akibat pemecahan semasa pendudukan British pada abad ke-19 yang membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.
*Kerajaan British seolah-olah menetapkan setiap kaum membuat petempatan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ekonomi masing-masing bagi memudahkan sistem perekonomian dan perhubungan.
*Sejak tahun 1920-an lagi,corak petempatan begini telah berlaku seperti:
  *Kampung Melayu- Di kawasan pinggir pekan
  *Kampung Cina     -Kedai-kedai di bandar
  *Kampung India    -Di ladang-ladang getah

*Di Sabah dan Sarawak juga wujud pemisahan perkampungan kerana ikatan perhubungan yang sangat jauh dan berbeza dari segi agama,pendidikan,akhbar,persatuan dan pengaruh politik yang terdiri daripada:

  *Sarawak:Kaum Iban
  *Sabah    :Kaum Kadazan

*Faktor pemisahan tempat tinggal mereka:




          PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI

*Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasingan sektor ekonomi setiap kaum iaitu:
 *Orang Melayu-Petani sara diri dan nelayan
 *Orang Cina     -Sektor perdagangan dan perlombongan
 *Orang India    -Estet-estet


                PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN

*Bagi pelajar Melayu,hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan iaitu,sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris.Namun,sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.
*Bagi pelajar India,sekolah Tamil dibuka di estet-estet dan guru-guru yang mengajar dibawa dari India namun mutu pelajaran mereka rendah.Bagi pelajar lepasan sekolah Tamil,tidak akan berpeluang mendapat pekerjaan yang baik.
*Bagi pelajar Cina,mereka mempunyai sistem pendidikan sendiri.Guru-guru dan buku teks yang digunakan dibawa dari negara China.Pelajar Cina lebih mementingkan pergolakan politik,ekonomi dan sosial di negara China berbanding Tanah Melayu.
*Bagi penduduk asli Sabah dan Sarawak,mereka tidak diberikan pendidikan kerana bagi keluarga Brooke anak-anak orang Dayak tidak perlu diberikan pendidikan.




   FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA

*Bagi kaum Cina,hal-hal yang berlaku di negara asal mereka lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.
*Bagi kaum India juga mengaggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali ke India.
*Bagi kaum Melayu pula,mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara.Kurangnya penyatuan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain.

Sunday 31 December 2017

PILIHAN RAYA (SURUHANJAYA PILIHAN RAYA)

                                       
                         SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

*Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 merupakan suruhanjaya yang menyelia,mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia.Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.



                 
      
                  KEANGGOTAAN SPR

*Semasa penubuhannya pada 1957,SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli.


*Pada tahun 1963,penubuhan Malaysia ahli SPR telah ditambah kepada tiga orang.Ahli tambahan tersebut berasal daripada Sabah atau Sarawak yang dilantik bergilir-gilir.Datuk Abang Haji Marzuki berasal daripada Sarawak dan merupakan ahli pertama yang mewakili Sabah dan Sarawak.

*Pada tahun 1981,pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat untuk pelantikan seorang Timbalan Pengerusi.Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama yang mengisi jawatan Timbalan Pengerusi.

*Pada tahun 2002,Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR menjadi tujuh orang,iaitu seorang Pengerusi,seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak.

*Syarat kelayakan ahli SPR ialah:
a)Berumur tidak lebih daripada 65 tahun.
b)Seorang yang tidak muflis.
c)Tidak memegang jawatan bergaji yang lain.
d)Bukan mana-mana ahli politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

*Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir .Encik H.Cassidy setiausaha pertama yang dilantik dari tahun 1957-1958.

*Pilihan raya di Malaysia dipertanggungjawabkan kepada SPR dari segi urusan dan perjalanan pilihan raya.





           
                        FUNGSI SPR

*Fungsi SPR adalah seperti yang berikut:
a)Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya.
b)Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih.
c)Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
d)Mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.

*SPR juga telah menubuhkan urus setia yang diketuai seorang Setiausaha sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir Urus Setia yang dibantu sekumpulan kakitangan awam.SPR juga wajib mengikuti garis panduan dan dasar-dasar SPR untuk memastikan pilihan raya sentiasa efektif ,adil dan saksama.

Sunday 17 December 2017

SEJARAH AWAL NEGARA


                                                     
                            SEJARAH AWAL NEGARA

Soalan Struktur

Bahagian A

1)Nyatakan empat orang menteri atau pembesar utama dalam            pentadbiran kerajaan Melayu Melaka.
   a)Bendahara
   b)Penghulu Bendahari
   c)Temenggung
   d)Laksamana

2)Senaraikan sultan-sultan pertama yang mengasaskan kesultanan       baharu bagi negeri-negeri berikut;
   a)Johor-Sultan Alauddin Riayat Syah
   b)Selangor-Sultan Sallehuddin Riayat Syah
   c)Terengganu-Sultan Zainal Abidin
   d)Perak-Sultan Muzaffar Syah

3)Kerajaan Johor mengalami kemasukan pengaruh Bugis pada          abad ke-17.Nyatakan nama-nama kelima-lima Opu Bugis Lima        Bersaudara yang termasyhur itu.
   a)Daeng Marewah
   b)Daeng Perani
   c)Daeng Menambun
   d)Daeng Chelak
   e)Daeng Kemasi

4)Di dalam sistem pentadbiran wilayah kerajaan Melaka,terdapat       wilayah-wilayah tertentu yang diberikan kuasa kepada pembesar     tempatan.Wilayah ini disebut wilayah                                                 pegangan/pemakanan.Namakan dua wilayah pegangan bagi             kedua-dua pembesar Melaka berikut.

  a)Bendahara
   i)Bentan
  ii)Muar

  b)Laksamana
   i)Siantan
  ii)Sungai Raya

5)Nyatakan lima daripada sembilan buah negeri(wilayah)yang             berperanan dalam pembentukan awal Negeri Sembilan.

  a)Sungai Ujong
  b)Naning
  c)Rembau
  d)Jelebu
  e)Johol

6)Senaraikan negeri-negeri yang terletak di bawah sistem                   pentadbiran berikut.

  a)Negeri-Negeri Selat
   i)Singapura,Pulau Pinang,Melaka

   b)Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
   i)Perak,Selangor,Pahang,dan Negeri Sembilan

  c)Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
  i)Perlis,Kedah,Kelantan,dan Terengganu

7)Berikan nama pegawai British pertama yang menjawat jawatan       Residen bagi negeri-negeri berikut.

  a)Perak
   i)J.W.W Birch

  b)Selangor
  i)J.G. Davidson

  c)Pahang
  i)John Pickersgill Rodger

8)Namakan lima antara syarat utama yang terkandung dalam               Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874.

 i)Takhta Kesultanan Perak diserahkan kepada Raja Abdullah.
ii)Raja Ismail diberi gelaran Sultan Muda dan diberi pencen.
iii)Daerah Larut diletakkan di bawah seorang Penolong Residen           British yang akan bertanggungjawab menasihati Pembesar               Larut,Ngah Ibrahim.
iv)Sultan Abdullah(pemerintah Perak)bersetuju menerima seorang      Residen British yang akan menasihati sultan dalam hal ehwal          pentadbiran negeri,kecuali aspek agama dan adat                              istiadat.Residen juga berkuasa dalam pentadbiran kewangan dan      hasil ekonomi negeri.
v)Ketua puak Ghee Hin dan Hai San bersetuju untuk                           berdamai,melucutkan senjata dan menubuhkan sebuah                     jawatankuasa untuk menangani masalajh tuntutan kawasan               perlombongan.

9)Senaraikan lima keanggotaan ahli dalam Majlis Mesyuarat               Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1909.

a)Pesuruhjaya Tinggi merangkap Gabenor NNS sebagai presiden        yang beribu pejabat di Singapura.
  b)Residen Jeneral bertanggungjawab terus kepada Pesuruhjaya           Tinggi.
 c)Empat orang raja Melayu negeri terbabit.
 d)Empat orang Residen British.
 e)Empat orang ahli tidak rasmi yang mewakili golongan peniaga.

10)Berikan lima faktor yang mengundang kepada kejayaan Jepun         menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942.
   
    a)Pihak British kurang bersedia.
    b)Kelewatan tentera bantuan dari London dan India yang                     berlaku berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh                 kerajaan British.
    c)Jepun menyerang melalui jalan laut.
    d)Persediaan tentera Jepun yang lengkap.
    e)Tentera Jepun cukup terlatih,berpengalaman,bersemangat                 tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang baik.

11)Nyatakan nama tokoh-tokoh dan tahun-tahun yang berkaitan bagi peristiwa berikut.

  a)Bartholomew Diaz,1488
  b)Vasco Da Gama,1498
  c)Alfonso de Albuquerque

12)Ketua sistem pentadbiran Portugis di Melaka dipanggil Kapten       Kota (Gabenor Selatan).Beliau dan timbalannya dibantu oleh           Majlis Penasihat yang terdiri daripada tiga badan utama,iaitu;
    
   a)Hal Ehwal Militer
   b)Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan
   c)Pentadbiran Orang Tempatan

13)Berikan nama tokoh-tokoh nasionalis tempatan utama dalam           abad ke-19 dan awal abad ke-20 bagi negeri-negeri berikut;
   
 a)Naning
    i)Dol Said

 b)Perak
    i)Dato'Maharajalela

 c)Terengganu
    i)Abdul Rahman Limbong


  

Sunday 10 December 2017

PENDUDUKAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU

     

                             PENDUDUKAN KUASA ASING DI TANAH                                                         MELAKA

       Apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta penjajahan,Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa-kuasa Barat.Tanah Melayu mula mengalami pengaruh pendudukan Barat apabila kerajaan Melayu Melaka ditewaskan Portugis pada tahun 1511.Sememangnya penjajahan bermula pada abad ke -15,Portugis dan Sepanyol adalah antara kuasa Barat yang paling berpengaruh dalam usaha meluaskan kekuasaan masing-masing di Alam Melayu.
          Dari segi rentetan peristiwa,pelayaran orang Eropah semakin menghampiri Asia apabils Bartholomew Diaz berjaya tiba ke Tanjung Pengharapan di Benua Afrika pada tahun 1488.Kemudian,disusuli pula pelayaran Vasco Da Gama sehingga tiba di Kalikat pada tahun 1498.Pernemuan ini membuka ruang kepada Portugis mengukuhkan kedudukan mereka di India dengan membuka loji perdagangan di Cochin seterusnya menawan Goa pada tahun 1510.Alfonso de Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India sebelum menawan kota Melaka pada tahun 1511.
         Bermula pada tahun 1511 hinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,catatan sejarah menunjukkan negara ini telah diduduki kuasa-kuasa asing selama 446 tahun.Pendudukan kuasa asing dimulai oleh Portugis (1511-1641),Belanda(1641-1824) dan British (1824-1957).Selain itu,negara juga pernah diduduki Jepun (1941-1945).Di bahagian lain pula,Negeri-negeri Melayu Utara pernah dinaungi oleh kerajaan Siam.


                                    PENDUDUKAN PORTUGIS

*Portugis berjaya menawan kota Melaka pada tahun 1511.Namun,Portugis hanya berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja.Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad yang berjaya mengundurkan  diri dan kemudiannya menyambung era Kesultanan Melayu ini ke negeri-negeri lain(Johor dan Perak).
*Secara keseluruhannya,Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun,iaitu dari tahun 1511-1641.Wizurai yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka ialah Alfonso de Albuquerque.Beliau bertanggungjawab membina sebuah kota,iaitu A Famosa untuk melindungi Melaka daripada sebarang serangan,terutama daripada Sultan Mahmud yang telah beberapa kali berusaha merampas semula kota Melaka daripada tangan Portugis.
*Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer atau ketenteraan.Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka (juga dikenali sebagai Gabenor Selatan)yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama tiga hingga empat tahun.Beliau dipilih dalam kalangan Fidalgo,iaitu golongan bangsawan Portugal.
*Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sebagai timbalan kepada Kapten Kota.Golongan tentera pula diketuai oleh Kapten Jeneral yang berkhidmat setiap tiga tahun..Beliau dibantu oleh golongan Feitor.Sementara itu,sistem keadilan diletakkan di bawah Ketua Hakim.Dalam proses pentadbiran,Kapten Kota dan timbalannya vdibantu oleh Majlis Penasihat.Majlis Penasihat ini terdiri daripada tiga badan utama, iaitu Hal Ehwal Militer,Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran Orang Tempatan.
*Portugis cuba bertahan di Melaka walaupun sering mendapat ancaman daripada waris Sultan Mahmud di Johor dan Aceh.Akhirnya,Portugis tetap tewas apabila diserang kuasa tempatan dari Johor yang mendapat bantuan Belanda pada tahun 1641.
*Sepanjang pemerintahnnya,Porttugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran perdagangan seperti yang berikut:
 a)Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai enam hingga sepuluh peratus daripada hasil dagangan mereka.
b)Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang terlebih dahulu.
c)Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama,tetapi membeli barang tersebut dengan harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi.
d)Diskriminasi terhadap pedagang Islam.

*Semasa zaman pendudukan Portugis di Melaka,rantau Melayu menyaksikan era Peperangan Tiga Penjuru,iaitu antara Portugis di Melaka,Aceh dan Johor yang masing-masing bersaing menguasai perdagangan di Kepulauan Melayu.Namun,ekoran dasar-dasar Portugis yang tidak disenangi oleh pedagang-pedagang,perdagangan di pelabuhan Melaka merosot sehingga akhirnya pelabuhan itu jatuh ke tangan Belanda.
*Walaupun Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun,Portugis tidak dapat meluaskan pengaruhnya .Pengaruh Portugis hanya kekal di kota Melaka sahaja.Antara faktor utama Portugis mengembangkan perluasan takluknya adalah untuk menyebarkan agama Kristian.Tetapi,usahanya gagal akibat daripada kekukuhan agama islam.
Beberapa kesan pendudukan Portugis antaranya adalah kelahiran masyarakat Serani hasil perkahwinan antara orang Portugis dengan penduduk tempatan,pengenalan tulisan Rumi(roman)dan penyerapan perkataan daripada bahasa Portugis ke dalam bahasa Melayu seperti jendela,almari,tuala,garpu,dan lain-lain.

                      


                  
              
                     PENDUDUKAN BELANDA

*Pada tahun 1559,ekspedisi Belanda yang terawal tiba di Kepulauan Melayu.Selepas tahun tersebut,semakin ramai pedagang Belanda yang berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu,terutama untuk mendapatkan rempah-ratus,buah pala dan kayu cengkih.Kepesatan perdagangan telah mendorong pedagang-pedagang Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur(Vereenigde Oost-Indische Compagnie) atau V.O.C pada 20 Mac 1602.
*Tujuan utama penubuhan V.O.C adalah untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan memonopoli perdagangan bijih timah.Untuk mencapai tujuan ini,Belanda perlu menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdaganfan di Alam Melayu.

                      BELANDA DI MELAKA

*Pada tahun 1619,Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa.Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada para pedagang dari seluruh dunia.Lama-kelamaan,situasi ini telah menyebabkan kemerosotan populariti Portuigis di Melaka.
*Belanda telah beberapa kali melancarkan setrangan ke atas Melaka bago memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali.Tindakan ini juga bertujuan menghancurkan pelabuhan Melaka dan menarik pedagang-pedagang asing dan serantau ke Betawi.
*Akhirnya pada tahun 1641,Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan kerajaan Johor.
*Selepas menguasai Pelabuhan Melaka,Belanda (V.O.C) telah melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka seperti yang berikut:
 1)Mewajibkan setiap kapal pedagang mendapatkan pas kebenaran berdagang untuk berdagang di Melaka.
 2)Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu (terutama di Perak,Selangor dan Sungai Ujong) dengan menandatangani perjanjian dengan raja-raja Melayu.
*Ketika menduduki Melaka,Belanda dikatakan telah mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada akhir abad ke-17 hingga abad ke-18.Dagangan timah sememangnya sangat berkembang pada era ini.Pedagang Cina dikatakan amat meminati timah-timah dari Tanah Melayu yang lebih mudah ditempa berbanding dengan timah dari Barat.



                         BELANDA DI PERAK

  • Belanda telah dibenarkan menjalankan perdagangan timah seawal tahun 1639 oleh Sultan Muzaffar shah II.
  •  Setelah menawan Melaka pada tahun 1641, VOC menuntut monopoli penuh dagangan timah di Perak  tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar. Ini membuatkan Belanda(Cornelis van der Lijn) berasa tidak puas hati membuat tindakan keatas Perak.
  • antara tindakan yang diambil Belanda ialah:
    • menyekat pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di Kuala Sungai Perak.
    • meminta bantuan dari Aceh, untuk memonopoli timah di Perak tetapi Sultan Tajul Alam hanya membenarkan berniaga di perak 

  • Pada tahun 15 Ogos 1650, John truijtman dihantar ke Aceh untuk berunding dengan Sultan Muzaffar dan seterusnya mendirikan loji.
  • Namun, loji teserbut diserang oleh orang Perak dan kesanya loji tersebut musnah serta 27 orang terbunuh.
  • Oleh itu, Trijutman ke Perak dan menuntut perkara-perkara tersebut:
    • Perjanjian supaya diperbahrui
    • memonopoli bijih timah sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji.
    • menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan
      .
  • Truijtman menyekat kapal-kapal di muara Sungai Perak dan mengepung Aceh. Jadi, Sultan terpaksa menandatangani perjanjian dengan Belanda pada 20 Jun 1659 yang menyatakan hanya Belanda yang berhak membeli timah di Perak dengan harga 3o rial sebahara.
  • Pada tahun 1670, Belanda membina kota di Pulau Pangkor dan diserang Perak pada tahun 1676 dan 1677.
  • Belanda terus mengukuhkan kedudukannya di Pangkor sehingga mengawal laluan perdagangan di Perak.
  • Belanda telah berjaya mengaut 450 ribu timah  dari Perak ke Melaka.

                         "Gambar ini menunjukkan bangunan yang dibina dalam kota di Pulau Pangkor"


  • Ketika Perak di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah, satu perjanjian telah ditandatangani oleh baginda sendiri dengan Belanda yang diwakili oleh Everard Cramer pada 17 Oktober 1765.
  • Perjanjian yang mengandungi 13 fasal itu ada menyebut:
    • Sultan berjanji membekalkan timah kepada Belanda dengan harga 34 rial sebahara. 
    • Sultan bertanggungjawab agar tidak berlaku penyeludupan dan sesiapa yang melanggarnya akan ditangkap
  • Apabila takhta di pangku oleh Raja Muda, baginda menaikkan harga timah kepada 44rial sebahara.Namun, pada 1795 loji Belanda terpaksa ditutup pada tahun 1795 akibat beberapa faktor seperti Surat-surat Kew dan status VOC.




                      BELANDA DI SELANGOR

  • Di Kuala Selangor  satu bahara dijual dengan harga 38 rial, Belanda menawar 36 rial sebahara timah di Selangor tetapi harga semasa 39 rial. Belanda tidak berpuas hati dan telah menyalahkan Sultan
  •  Selangor sebagai bertanggungjawab mempengaruhi pengusaha timah di Perak,Rembau dan Linggi untuk menjual timah di Selangor
  • Pada tahun 1758, Belanda pernah mengalah Bugis menguasai daerah Linggi.
  • Dalam pertempuran tersebut , Belanda telah menandatangani perjanjian  dengan orang Bugis  yang menyatakan daerah Klang,Linggi dan Rembau mestilah menjual semua hasil timah mereka ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda.


"Gambar di atas menunjukkan Rumah Api Bukit Selangor di tempat pentempuran Selangor-Belanda,Bukit Melawati"


  • Belanda bertambah bimbang apabila British mengunjungi Kuala Selangor(Kapal:Junk Selangor dan The bloome) dan mula berniaga kain dan candu dan kemudiannya membeli dagangan timah di sini.
  • Peranan Sultan Ibrahim :
    • Sebagai pembekal semua hasil timah kepada British dengan harga yang lebih baik dan tinggi kepada Belanda
    • Mengadakan hubungan baik dengan British bagi mengelakkan ancaman kententeraan Belanda

  • Persaingan antara ekonomi yang meletus antara Johor dan Belanda serta melibatkan Selangor telah memaksa Sultan Ibrahim pada 29 Julai 1786 yang menyatakan Selangor memberi kebenaran kepada Belanda untuk memonopoili penuh perdagangan timah.

  • Melalui Surat-surat Kew Belanda menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahannya di Timur buat sementara kepada British.Setelah perang Napoleon tamat British terpaksa menyerahkan semula Melaka kepada Belanda.

  • Oleh itu ,British mempengaruhi negeri-negeri Melayu dan memaksa Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda yang bertujuan mengagihkan kawasan Alam Melayu kepada dua iautu sama ada di kuasaan Belanda atau British.


          

               Pendudukan British

British merupakan antara kuasa barat yang berminat dengan kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan British bertujuan untuk mengeksploistasi sumber-sumber asli dan faktor ekonomi. Lama-kelamaan, hasrat British untuk terus menguasai ekonomi telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu.

              
       Kedatangan British Ke Tanah Melayu
         Di Selangor, Sultan Ibrahim mempunyai hubungan dengan pedagang-pedagang British. Kunjungan kapal-kapal British yang kerap ke Selangor dikenali sebagai country traders  merupakan faktor penyumbang pertumbuhan  perdagangan di Kuala Selangor. Pendatang-pendatang menjual kain dan candu dari India.Selepas itu, mereka membeli bijih timah dengan harga yang tinggi.
          Bermula pada tahun 1778 hingga tahun 1780, bilangan kapal british ke Melaka meningkat daripada 62 buah  ke 65 buah.Sebuah Syarikat  Perniagaan Madras ditubuhkan pada tahun 1766 telah pergi ke Aceh dan Kuala Selangor untuk memasarkan kain dan timah.Selangor menyambut baik kedatangan pedagang-pedagang British . Francis Light dan James Scott menggangotai syarikat.Hal ini kerana mereka mempromosikan kepentingan pusat-pusat perdagangan di Selangor,Kedah dan Pulau Pinang kepada pedagang British.
            Pengunduran Belanda adalah akibat daripada Surat-surat Kew pada tahun 1795. British mempergiatkan usaha memonopoli bijih timah dan British juga mendapat lebih kurang  2000 bahara (6000 pikul) timah dari Perak untuk dibawa ke Pulau Pinang serta memonopoli timah di Selangor dan Perak menjadi tetap apabila termeterainya perjanjian perdagangan antara Sultan Selangor dan Sultan Perak dengan wakil British iaitu Walter Sewell Cracroft pada 30 julai 1818.
           Perbuatan ini mengorak langkah ke negeri-negeri Melayu lain seperti Kedah.Pada tahun 1771, syarikat British iaitu Francis Jourdain mendapat kebenaran untuk  mendirikan loji di Kuala Kedah daripada Sultan Muhammad Jiwa .Pada tahun 1772,Sultan Muhammad Jiwa berjanji dengan Edward Monckton untuk menjual semua hasil gading gajah,lada hitam dan bijih timah kepada Syarikat Hindia Timur British.Pada tahun 1784, Thomas Forrest berjaya mendapat kebenaran mendirikan banyak gudang dan loji di Kedah.
        Hal ini menyebabkan Francis Light untuk menduduki Pulau Pinang.British tidak terlibat dalam pentadbiran pada mulanya kerana hanya memberi tumpuan untuk memonopoli hasil ekonomi.Sikap British telah berubah apabila usaha memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan terganggu yang menyebabkan British campur tangan dalam penguasaan kawasan perlombongan bijih timah.



Campur Tangan British Dalam Politik Di                             Negeri-Negeri Selat
*Walaupun campur tangan British paling ketara di negeri-negeri Melayu selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Februari 1874,sebenarnya penglibatan British dalam hal ehwal kerajaan Melayu telah berlaku lebih awal lagi.
*Penglibatan tersebut dibuktikan melalui peristiwa-peristiwa pendudukan Pulau Pinang.pendudukan Singapura, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Penubuhan Negeri-negeri Selat(NNS).

                Pendudukan di Pulau Pinang 
             
               Pendudukan British di Pulau Pinang bermula dengan British mencari tapak yang strategik di Selat Melaka.Oleh itu,Francis Light telah menemui Pulau Pinang dan ingin memiliki Pulau Pinang.Francis Light menemui Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa untuk mendapatkan Pulau Pinang.Francis Light telah menemui Gabenor Jeneral NNS untuk mencadangkan Ujong Salang.
           Seterusnya,Francis Light telah menemui Sultan Abdullah yang pada masa itu menghadapi masalah politik memberi persetujuan untuk memberi Pulau Pinang dengan syarat iaitu memberi bantuan tentera apabila diancam musuh.Sultan dibayar ganti rugi sebanyak RM 30000.Pada 11 Ogos 1786,penaikan bendera Union Jack diadakan.

            
              
               Pendudukan di Singapura 
               
       Pada 6 Februari 1819,Stamford Raffles berjaya menduduki Singapurakerana mengambil kesempatan terhadap pertikaian antara Tengku Hussin dengan Yang Dipertuan Muda kerajaan Johor.Raja Jaafar menyingkirkan Tengku Hussin daripada diangkat menjadi sultan Johor-Riau selepas Sultan Mahmud mangkat.Tengku Abdul Rahman pula mengisi jawatan tersebut.Tengku Hussin menerima pelawaan Stamford Raffles dan Tengku Hussin dilantik  sebagai sultan Singapura dan Johor.British dibenarkan menjadi Singapura sebagai pangkalan tentera dan perdagangan.

      

        Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 
         
     Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah ditandatangani antara Inggeris dan Belanda .Antara kandungannya ialah pengagihan kawasan Alam Melayu kepada dua iaitu dibawah kekuasaan British dan Belanda.Perjanjian ini memastikan penguasaan penuh British ke atas Negeri-negeri Tanah Melayu tanpa penglibatan kuasa Barat lain.Kawasan British meliputi
Semenanjung Tanah Melayu , Singapura , Sabah , Sarawak dan Brunei manakala Kawasan Belanda menjajah negeri-negeri yang terdapat di bawah Singapura.Perjanjian ini menyebabkan empayar  Johor-Riau  telah terbahagi kepada dua dan menerima kesan yang mendalam  pada sistem pentadbiran.

Campur Tangan British di Negeri-negeri                                 Melayu
                              
     Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu mempunyai dua faktor iaitu faktor ekonomi dan faktor politik.Antara faktor ekonomi adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil-hasil-hasil dagangan utama dapat berjalan dengan lancar.Selain memonopolikan hasil-hasil dagangan,telah berlaku juga perkembangan Revolusi Perindustrian iaitu proses mengetin makanan yang memerlukan hasil bijih timah
       Dari segi dorongan politik pula,Britain sangat terpengaruh dengan dasar liberal dan perdagangan laissez-faire. Selain itu,dasar imperialisme mulai merebak di Britain.Hal ini menyebabkan kuasa asing boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan perhubungan perekonomian dengan  raja-raja Melayu.

               Campur Tangan di Perak

              Negeri Perak merupakan negeri melayu yang terawal menerima penjajahan British.Hal ini kerana telah wujud perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi  gelap Cina.Sultan Abdullah yang mangkat telah digantikan oleh Sultan Jaafar.Raja Yusof yang sepatutnya menjadi raja bendahara telah disingkirkan.Raja Ismail dilantik memegang jawatan raja bendahara.Apabila Sultan Jafar mangkat,  Raja Yusof dinaikan jawatan yang lebih tinggi kerana Raja Abdullah dilantik sebagai raja muda.

            Campur Tangan di Selangor
                      
       Campur tangan di Selangor berlaku disebabkan oleh situasi yang tidak aman.Kebiasaannya,pembesar-pembesar akan mengutip cukai yang merupakanpendapatan utama pembesar-pembesar dibuat di pintu masuk iaitu di muara – muara sungai.Perbuatan ini telah menjadi satu tradisi.Semasa kapal yang melalui muara sungai itu enggan membayar cukai,mereka akan dipaksa untuk bayar dan dianggap sebagai rompakan atau pelanun.
         Ramai pedagang dan orang British menyampaikan aduan rompakan kepada Andrew Clerk.Pada bulan jun 1871, sebuah kapal saudagar Cina dari Pulau Pinang bernama Kim Seong Cheong dirompak di kawasan Raja Mahadi .Oleh itu,British menghantar angkatan tenteranya yang mengandungi 2 buah kapal perang iaitu Pluto dan Rinaldo menggempur kubu Raja Mahadi.Pada 16 November 1873, sebuah kapal british dari Melaka dirompak di Sungai Jugra , Langat berhampiran dengan kediaman Sultan Abdul Samad yang mengakibatkan lapan orang anak kapal rakyat British.
 Oleh itu,Andrew Clerk menangkap sembilan orang anak Melayu Selangor.Pada Februari 1874, perbicaraan diadakan dan tahanan-tahanan tersebut didapati bersalah.Tujuh orang dihukum mati.Pada  akhir tahun 1873, sebuah kapal British dari Melaka diserang lanun yang memusnahkan rumah api di Tanjung  Tuan.British mengesyaki dalang di sebalik rompakan tersebut ialah kerabat diraja Selangor sendiri.Andrew Clerk meminta bantuan tentera British di Laut China yang dipimpin oleh Charles Shadwell  untuk mengepung dan menyerang Pantai Selangor.
          Pada bulan Ogos 1874 telah berlaku rompakan di Sungai Langat dan Sungai Labu.Andrew Clerk berkunjung ke Selangor untuk membuat  rundingan sebanyak tiga kali dengan Sultan Abdul Samad. Hasilnya, Andrew Clerk menempatkan Frank Swettenham dari Singapura sebagai pagawai tadbir awam NNS dan Singapura untuk membantu sekaligus melindungi sultan dan kerajaan Selangor.Kedatangan Frank Swettenham disertai bersama dengan 20 askar sepoi. British melantik Frank Swettenham sebagai penasihat rasmi Sultan Abdul Samad.British meletakkan Selangor dibawa naungan kerajaan British mengikut suratnya bertarikh oktober 1874.Seorang residen berjaya ditempatkan di Selangor.Selain itu,pelantikan J.G.Davidson sebagai residen pertama manakala Frank Swettenham dilantik sebagai penolong residen.
          British telah campur tangan di Sungai Ujong melalui persaingan yang wujud antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar untuk menguasai kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi.Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British dan menerimaseorang residen British.Datuk Kelana telah diiktiraf sebagai pemerintah sah Sungai Ujong.Melalui perjanjian 16  September 1874, Datuk Kelana diberi seorang penolong Residen iaitu W.I.Tatham.Setelah dikalahkan,Datuk Bandar  tidak lagi campur dalam hal ehwal pentadbiran Sungai Ujong.
Campur tangan di Negeri Sembilan:
           Campur tangan di Negeri Sembilan berlaku apapbila Sir Frederick Weld menguasai daerah –daerah di Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1888 , hanya daerah tampin yang belum dapat ditebusi oleh Britsh.Dengan adanya, pengaruh dari daerah Rembau , daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Seri Menanti.Gabungan ini bersetuju menerima Martin Lister sebagai residen British. Gabungan ini bertambah besar apabila Sungai Ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta dan menerima Martin Lister sebagai residen British.

        Campur Tangan Di Sungai Ujong

 * British mengambil peluang untuk campur tangan ekoran       perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar dalam   persaingan memperoleh kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai   Linggi.
*Pada 21 April 1874,Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British.Hal ini membolehkan beliau diiktiraf British sebagai pemerintah sah Sungai Ujong,Datuk Bandar yang tidak bersetuju mengemukakan ancaman kepada Datuk Kelana.Hal ini menyebabkan Datuk Kelana bersetuju supaya beliau diberi perlindungan dan menerima seorang Residen British.
*Akhirnya,melalui perjanjian pada 16 September 1874,Datuk Kelana diberi seorang Penolong Residen,iaitu W.I. Tatham.Setelah dikalahkan,Datuk Bandar tidak lagi campur dalam hal ehwal pentadbiran Sungai Ujong.


        Campur Tangan Di Negeri Sembilan

 *Melalui usaha-usaha yang dimainkan oleh Sir Frederick Weld,daerah-daerah di Negeri Sembilan akhirnya jatuh ke tangan British.Menjelang tahun 1888,hanya daerah Tampin yang belum dapat ditembusi oleh British.
*Namun,dengan adanya pengaruh dari daerah Rembau,daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Seri Menanti.Gabungan ini juga bersetuju menerima seorang Residen British pada tahun 1889,iaitu Martin Lister.Gabungan ini bertambah besar apabila Sungai Ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta dan menerima Residen British berkenaan.
          
              Campur Tangan Di Pahang
                       
        British campur tangan di Pahang apabila berlakunya  pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur..Wan Ahmad mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Muazzam Syah pada bulan disember 1884 .Beliau telah melantik puteranya Tengku Mahmud sebagai pewaris.Wan Mansur berasa tidak puas hati lalu merancang untuk melancarkan serangan dengan bantuan British.Serangan itu berjaya dihalang.
            Pada bulan April 1885, Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk menyelesaikan perbalahan ini secara aman.Sultan Ahmad diberi cadangan untuk menerima seorang residen British namun .Usaha Swettenham gagal.Oleh itu,British terus mendesak sultan Ahmad untuk menerima seorang residen Pahang.British telah menerima John Pickersgill Rodger sebagai residen British melalui perjanjian 18 Oktober 1887.



                      Sistem Residen               
    Sistem Residen turut diterima oleh negeri Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan .Antara tujuan  jawatan residen ini ialah British dapat mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-negeri Melayu.Selain itu,British boleh lebih berkuasa terhadap negeri-negeri Melayu dalam pemerintahan dan ekonomi tanpa menanggung beban belanja tambahan dan tanggungjawab sepenuhnya yang dilakukan di Negeri-Negeri Selat.
          Pengawasan British sebagai penjajah adalah melalui institusi politik yang sedia ada,iaitu institusi politik tersebut digunakan dan dipelihara pada nama.Mereka berharap untuk mencetuskan perubahan secara perlahan-lahan.Antara matlamat Sistem Residen adalah untuk menegakkan keamanan melalui peruntukan perundangan.Selain itu,British ingin mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang teratur.Sistem Residen membolehkan British mengeksploitasi sumber semula jadi negeri-negeri Melayu.
           Antara keburukan Sistem Residen ini ialah tiada sistem yang jelas yang menyebabkan pegawai-pegawai British yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai sebarang garis panduan rasmi dalam mencapai matlamat mereka.Residen perlu menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara mereka tanpa mendapat bantuan kerajaan British.Hal ini kerana kerajaan British tidak mahu Sistem Residen menjadi beban kepada mereka.
            Hal ini telah menyebabkan elaun dan gaji residen dibayar oleh negeri-negeri Melayu.Kesukaran perhubungan antara Gabenor NNS dan masalah –masalah di setiap negeri menyebabkan residen berkuasa penuh dalam usaha menegakkan asas pentadbiran moden. Antara harapan terhadap residen ialah mengekalkan keamanan,memungut cukai dan hasil serta memajukan sumber kekayaan tanpa diberitahu cara pelaksanaan.
          Residen menjadi pemerintah sebenar kerana residen hanya bersidang dengan gabenor tujuh kali dalam setahun.Residen  memanggil agenda perundingan dengan gabenor sebelum undang-undang baru diluluskan .Residen juga tidak mengambil kira pandangan para pembesar atau sultan.
           Residen telah menyekat hak pembesar tempatan  iaitu mengutip cukai.Residen membelakangkan kuasa Majlis Mesyuarat Negeri.Selain itu,gabenor tidak dapat mengawal kuasa residen disebabkanoleh beberapa faktor seperti kurang hubungan yang berlaku,kedudukannya yang beribu pejabat di Singapura,kurang maklumat yang diperoleh dan beliau sendiri yang tidak berminat dalam hal ehwal negeri Melayu.
           Kejadian yang mengambarkan residen berkuasa dalam semua perkara telah menyebabkan para pembesar dan sultan tidak berpuas hati.Sebagai contoh,di Perak ,residen J.W.W.Birch telah dibunuh pada tahun 1875 disebabkan kemarahan terhadap residen .Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas dalam dalam tugas mereka dan mereka telah menjalankan tugas berdasarkan wibawa dan kepentingan masing-masing.Oleh itu,British di Perak telah memperkenalkan Majlis Mesyuarat Negeri.
           Sistem Residen ini telah memberi impak yang mendalam kepada ekonomi,politik dan sosial negeri-negeri yang terlibat.Antara pembangunan ekonomi negeri ialah negeri yang terlibat mula mencapai kemajuan kerana pelaburan semakain meningkat disebabkan perkembangan perusahaan bijih timah ,kopi dan getah. 
            Selain itu,penempatan mula berkembang dan kawasan perbandaran diwujudkan kerana kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor ekonomi moden.Namun begitu ,kesan ini telah menyebabkan ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri dan wilayah atau kawasan dalam sebuah negeri itu sendiri.Sumber dan hasil ekonomi dimonopoli oleh pelabur Barat manakala kaum peribumi jauh ketinggalan.
              Antara perubahan pengaruh politik ialah negeri-negeri masih berada di bawah penguasaan sultan.Pelantikan Residen British telah menyebabkan sultan tidak berkuasa mutlak dan pembesar hilang peranan mereka.Majlis Mesyuarat Negeri memperlihatkan lebih ramai pihak dalam pentadbiran negeri.Pada masa yang sama, keamanan negeri berjaya dipulihkan. 
            Antara perkembangan sosial ialah perkembangan infrastruktur seperti sistem jalan raya dan jalan kereta api,pusat kesihatan,bekalan air ,bekalan elektrik ,pos,telegraf dan sebagainya.Perkembangan ini hanya tertumpu di kawasan –kawasan yang mempunyai potensi ekonomi yang tinggi dan di bandar.

          Negeri-Negeri Selat(NNS)



            Antara negeri yang terlibat dalam pembentukan Negeri-Negeri Selat ialah negeri Melaka,negeri Pulau Pinang dan negeri Singapura.Pada tahun 1826 ,kesemua negeri tersebut disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-Negeri Selat (NNS).Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah unit pentadbiran Residensi NNS dan Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama NNS.
          NNS diketuai oleh Gabenor pada peringkat pusat dan dibantu oleh sebuah majlis yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai awam.Gabenor yang pertama ialah Robert Fullerton.Pada peringkat negeri,setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular.Pada tahun 1830,NNS telah dijadikan sebuah Residensi dan diletakkan di bawah Residensi Benggala.
Pada 1 April 1867,pentadbiran NNS telah diletakkan secara rasmi di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London.NNS telah dijadikan wilayah pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony).Sistem ini menyebabkan Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.




      Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) 

                Pada tahun 1895,Sistem Residen semakin kukuh di Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan.Oleh itu,kerajaan British telah menubuhkan NNMB melaui Perjanjian Persekutuan yang meliputi keempat-empat negeri tersebut.Penubuhan ini dikuat kuasa secara rasmi pada 1Julai 1896.NNMB diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
          Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor NNS manakala Gabenor bertanggungjawabkepada Pesuruhjaya Tinggi British di London .Residen Jeneral pertama ialah Frank Swettenham.Jawatan residen bagi keempat-empat negeri dikekalkan tetapi tertakluk di bawah bidang kuasa Residen Jeneral yang bertanggungjawab menasihati raja-raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran kecuali agama dan adat istiadat .
          Kuasa pentadbiran dibahagikan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.Sebuah majlis yang dikenali sebagai Durbar ditubuhkan.Majlis ini merupakan sebuah persidangan yang dihadiri oleh raja-raja Melayu bersama-sama pegawai British untuk membincangkan kepentingan NNMB.


 NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK               BERSEKUTU(NNMTB)

    Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB) dibentuk pada tahun 1909.Apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok,empat buah negeri yang sebelum ini terletak di bawah naungan kuasa Siam,iaitu Perlis,Kedah,Kelantan,dan Terengganu diserahkan kepada British.Oleg itu,Penasihat British telah diletakkan di setiap negeri tersebut.
   Raja Melayu mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidak berkuasa berbanding kuasa Residen di NNMB.Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB sehingga Perang Dunia Kedua.British gagal mengabungkan NNMTB dengan NNMB kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di NNMTB.



                       PENGAGIHAN KUASA                      PUSAT(Desentralisasi 1920-1941)
                 
       Pengagihan kuasa pusat dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.Antara faktor pengenalan desentralisasi ialah Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran pada Pesuruhjaya Tinggi kerana mereka kehilangan kuasa.Pengenalan Majlis Mesyuarat Persekutuan menyebabkan sultan tidak puas hati kerana tidak memberi kuasa pemutus dan mesyuarat dijalankan tanpa kehadiran sultan.
          British menyatukan NNMB,NNMTB dan NNS.British berhasrat mengurangkan perbelanjaan pentadbiran semasa kemelesatan dunia pada tahun 1920-an.Desentralisasi diperkenalkan kerana wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi dalam hal pentadbiran.
               Sir Lawrence Guillemard telah melakukan banyak perubahan melalui Desentralisasi .Antaranya ialah menyusun semula Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan membawa keluar raja-raja Melayu daripada majlis ini tetapi boleh berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi British di London.Selain itu,Majlis Mesyuarat Negeri mempunyai kuasa yang lebih untuk pentadbiran negeri iaitu menguruskan belanjawan negeri.
              Perubahan yang seterusnya ialah beberapa buah jawatan kerajaan yang berada di bawah peringkat pusat diletakkan dibawah peringkat negeri.Akhir sekali,jawatan Residen Jeneral dihapuskan.
             Di samping itu,sebuah jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 1923.Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji pengagihan kuasa.Guillemard telah mengemukakan beberapa cadangan yang akhirnya diluluskan.Kuasa raja dipulihkan.Sebagai contoh rang undang –undang hanya sah setelah ditandatangani oleh raja-raja.
             Cecil Clementi meruskan usaha pelaksanaan desentralisasi selepas Guillemard.Antara pembaharuan yang dilakukan ialah Cecil Clementi telah memindahkan jabatan yang berada di bawah kerajaan kepada kawalan kerajaan negeri.Contoh jabatan yang dipindahkan adalah Jabatan Pertanian ,Jabatan Pendidikan ,Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya.Selain itu kuasa Majlis Negeri dalam hal pentadbiran dan kewangan diperluaskan .
             Penguasaan ekonomi Tanah Melayu masih diteruskan oleh  British melalui pengenalan Desentralisasi.Hal ini kerana Desentralisasi memudahkan British menguasai negeri-negeri Melayu.Serangan Jepun pada tahun 1941telah menamatkan rancangan Desentralisasi.


Sistem
Tahun Diperkenalkan
Negeri-negeri Terbabit
Sistem Residen
1874-1889
Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
Negeri-Negeri Selat ( NNS )
1826
Pulau Pinang,Singapura dan Melaka
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NNMB )
1896
Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB )
1909-1919
Perlis,Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor
Disentralisasi
1920-an
Semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu



   
    REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP      PENJAJAHAN BRITISH


Di Tanah Melayu telah wujud perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dalam beberapa peringkat dan keadaan.Hal ini dapat dilihat kerana rakyat sanggup berjuang dan berkorban nyawa bagi membebaskan tanah air.Antara negeri yang terlibat dalam perjuangan ialah Kedah,Perlis dan Terengganu yang dinaungi oleh Siam telah melancarkan serangan Kesultanan Melaka juga berjuang dengan orang Portugis untuk membebaskan Melaka daripada ancaman Portugis.Kerajaan Johor telah bersaing dengan Belanda.
   Perjuangan pada peringkat awal ialah penentangan bersenjata dan melibatkan pertumpahan darah.Namun,British berjaya menamatkan perjuangan tersebut.Beberapa siri perjuangan ini menyebabkan lahirnya semangat.
   
                 Penentangan di Naning   


                 Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 telah menyebabkan Melaka di bawah kuasa British.Antara kesan Perjanjian Inggeris-Belanda ialah Naning dijadikan sebagai sebahagian wilayah Melaka. Selain itu,penduduk Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi mereka. Cadangan pegawai british ditentang oleh Dol Said(Abdul Said ).Perang Naning tercetus pada bulan julai 1831. British tewas dalam serangan pertama.Pada bulan Februari,Dol Said menyerah diri.


            Penentangan di Selangor 

                Di Selangor pula,terdapat juga  permusuhan antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi. Selain itu,telah wujud juga permusuhan antara Raja Mahadi dan Raja Ismail.Oleh itu,pada tahun 1868, sultan Selangor melantik Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor bagi menghentikan permusuhan. Malangnya,Tengku Kudin berpihak kepada Raja Ismail.




              Penentangan di Perak 

                Di Perak,J.W.W Birch dilantik sebagai residen Perak tetapi tidak mendapat kerjasama daripada sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Sultan Abdullah dan Raja Ismail menghantar senjata kepada Dato’ Maharaja Lela,Panduk Indut dan Seputum diarahkan untuk membunuh Birch di Pasir Salak.

               Antara faktor penentangan di Perak ialah terdapat fahaman tentang fungsi residen yang berbeza.Kerajaan British dan Birch menyekat hak mengutip cukai iaitu dengan memberikan kepada pegawai yang dilantik oleh residen.Kepaksaan menandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan british pada tahun 1875.Pembaharuan yang diperkenalkan terlalu mendadak.Selain itu,Sikap peribadi Birch itu sendiri telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.Keberanian dan sikap sanggup berkorban penduduk tempatan sangat menonjol juga merupakan faktor yang menyebabkan penentangan berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan.


            Penentangan di Pahang 

                         Di Pahang pula, penentangan telah berlaku apabila seorang wakil konsul British iaitu Hugh Clifford J.P.Rodger ialah pegawai British pertama yang memegang jawatan Residen di Pahang.Sistem Residen ditentang oleh pembesar dan rakyat dan ia telah mencetuskan pemberontakan di bawah pimpinan 3 orang tokoh tempatan yang terkemuka iaitu Dato’Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
                Faktor-faktor yang menyebabkan pemberontakan orang Melayu ialah kehilangan kuasa.Selain itu ,Undang-Undang Tanah diperkenalkan manakala sistem kerah serta hamba abdi dihapuskan.Kes-kes jenayah dan sivil tidak boleh dihakimi oleh pembesar.Residen British membuat keputusan penting.Penghulu-penghulu tradisi digantikan.Ketidakpuas hati Sultan Ahmad, Datuk Bahaman dan Tok Gajah.Ketidakpuasan hati rakyat Pahang telah menyebabkan pemberontakan berlaku.
             Pemberontakan pada Disember 1891 tidak berjaya yang memaksa Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan.Penentangan kali kedua dan berakhir apabila ditewaskan pada tahun 1895 dan terpaksa menyerah diri. Tok Gajah dan Mat Kilau akhirnya berundur ke Terengganu.Dato’ Bahaman pula melarikan diri ke Siam.



               Penentangan di Kelantan



                  Perjanjian Inggeris-Siam iaitu Perjanjian Bangkok ditandatangani. Kuasa Siam ke atas Kelantan diserahkan kepada British.Oleh itu, James Scott Mason menjadi  Penasihat British yang pertama.Penentangan tercetus yang dipimpin oleh Tok Janggut iaitu Haji Mat Hassan bin Munas iaitu pedagang tempatan.

Punca penentangan di Kelantan :
1)    Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
 Pelantikan seorang Pegawai Daerah di Pasir Puteholeh kerajaan British mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional pembesar Melayu di kawasan Jeram.
2)   Pengenalan Sistem Tanah Baru 1915
  Januari 1915, Sistem Tanah Baru diperkenalkan oleh kerajaan British – orang ramai perlu membayar sewa tanah yang tetap.
3)   Pengenalan cukai hasil pertanian dan penternakan
 Hasil tanaman utama seperti padi serta kelapa dan peliharaan seperti lembu, kerbau, anjing serta babi.
4)   Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh 
        Pegawai tersebut ialah seorang yang kasar dan terlalu tegas. 


  

     Penentangan Di Terengganu


           Penentangan di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid iaitu Haji Abdul Rahman Limbong yang melancarkan  Pemberontakan Tani.Pemberontakan Tani berlaku kerana tiada dokumen rasmi berhubung pemilikan tanah yang mengandungi tanah tebang dan tanah waris.

Faktor pencetusan pemberontakan :
  • 1      Pungutan cukai oleh kerajaan British ke atas tanah, hasil tanah dan rakyat dikenakan cukai kepala.
  • 2     Kerajaan British memperkenalkan sistem pendidikan Barat yang berbeza dengan sistem pendidikan tradisional.
  • 3      Perkenalan ‘Pas Kebenaran’ kepada sesiapa yang ingin membuka tanah bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.
  • 4     Penerokaan hutan yang berumur kurang dari tujuh tahun, tidak dibenarkan membawa senjata, peraturan suntikan cacar, sekatan pemburuan haiwan liar, peraturan menambat kerbau dan lembu dan pendaftaran kelahiran serta kematian.
  • 5    Selain cukai-cukai yang membebankan ,terdapat juga‘Pas Kebenaran’dan beberapa peraturan baharu yang diperkenalkan. Kebangkitan berlaku dimana orang Melayu menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang. Kebangkitan mereka telah ditewaskan oleh kerajaan British.



               Penentangan Di Sarawak

      Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke.Namun begitu ,rakyat Sarawak telah membangkit untuk melakukan penentangan.Antara  pemberontakan terhadap pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak ialah James Brooke telah menghapuskan amalan perburuan kepala.Hal ini menyebabkan kumpulan Dayak Laut menyerang kubu kerajaan dan berjaya dimusnahkan.
  Penentangan yang seterusnya ialah pembesar-pembesar tempatan disatukan di bawah satu komplot yang diketuai oleh Sharif Masahor dan Abdul Ghapur .Mereka Berjaya membunuh dua orang pegawai British iaitu Fox dan Steele.Selain itu,masyarakat Iban telah menyerang tentera Brooke di Hulu Sungai Batang Lupar.Orang Dayak juga menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sungai 
Kanowit.



      Penentangan Di Sabah :
             Sabah telah diletakkan dibawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British iaitu SBUB. Terdapat du kebangkitan yang hebat yang dicetuskan di Sabah.Penentangan yang dimaksudkan ialah penentangan yang dipimpin oleh Mat Salleh dan juga penentangan yang dilakukan di Rundum.
         Kebangkitan Rundum telah dicetuskan oleh kaum Murut di daerah Rundum yang diketuai oleh Antanum.Antara faktor penentangan ialah pengenalan cukai yang membebankan rakyat seperti cukai  ke atas beras dan ubi kayu. Pengenalan ordinan dan mengerah rakyat tempatan tanpa sebarang upah juga menjadi punca penentangan di Rundum.
            Kebangkitan Mohamed Salleh iaitu Mat Salleh adalah disebabkan oleh Pembangunan British yang banyak menyukarkan rakyat tempatan dan sekatan terhadap kuasa pembesar.Penentangan tercetus di Sungai Sugut pada 1894.


Pada Ogos 1895, Residen Barraut telah menyerang  kampung Mat Salleh.Akhirnya,Mat Salleh dibunuh dalam satu pertempuran pada 31 Januari 1900.


Kebangkitan Mohamed Salleh

                  (Mat Salleh)


   Mat Salleh merupakan anak seorang pembesar dan beliau berketurunan Bajau serta Sulu.Beliau merupakan seorang pedagang dan juga terkenal sebagai seorang pahlawan.Antara punca utama yang dikatakan mencetus penentangan ini ialah pembangunan oleh British yang banyak menyukarkan rakyat  tempatan dan juga sekatan-sekatan terhadap pembesar tempatan.
  Pada hujung tahun 1894,penentangan tercetus di Sungai Sugut.Pada bulan Ogos 1895,pasukan British yang diketuai oleh Residen Barraut telah menyerang kampung Mat Salleh.Mat Salleh memberontak dengan membakar pekan Pulau Gaya yang memusnahkan rumah dan pejabat Residen di Ambong.Namun,Mat Salleh akhirnya terbunuh dalam satu pertempuran pada 31 Januari 1900.




        Kebangkitan Rundum

   Kebangkitan ini dicetuskan oleh kaum Murut terhadap pemerintahan Syarikat  Borneo Utara British.Penentangan tercetus pada bulan Februari 1915 di daerah Rundum dan diketuai oleh seorang tokoh bernama Antanum`
1)Cukai yang dikenakan ke atas beras dan ubi kayu.Beras dan ubi kayu penting untuk digunakan dalam proses membuat tapai.Tapai merupakan makanan tradisi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Murut.
2)Pengenalan ordinan yang melarang tindakan membersihkan hutan bagi tujuan pertanian pindah sedangkan pertanian pindah merupakan amalan penduduk tempatan sebelum ini.
3)Mengerah rakyat tempatan membina jalan-jalan kecil di hutan tanpa sebarang upah.
Pada bulan Februari 1915,pejuang yang terdiri daripada lebih kurang 1000 orang menyerang dan membakar pejabat kerajaan di Persidangan.Namun,penentangan ini gagal dan mereka terpaksa berundur.Antanum telah ditawan dan dihukum bunuh.

DAERAH/NEGERI            TOKOH-TOKOH PEJUANG

NANING                                DOL SAID

PERAK                             DATO MAHARAJALELA,
                                               DATO SAGOR

PAHANG                          DATO BAHAMAN,MAT                                                   KILAU,TOK GAJAH

KELANTAN                      TOK JANGGUT

SARAWAK                      RENTAP,SHARIF                                                            MASAHOR,ABDUL                                                        GHAPUR,BANTING ASUN

SABAH                            MAT SALLEH,ANTANUM





          Pendudukan Jepun

    Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942 . Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah . Apa yang menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar ialah bagaimana tentera Jepun dengan mudah mampu menguasai Tanah Melayu dan singapura . Secara ringkas kemenangan berlaku disebabkan;


Faktor-faktor yang memudahkan kejayaan Jepun        ialah;

  1. Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan . Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara dan mereka tidak bersedia .
  2. Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun . Sebelum menyerang Tanah Melayu, Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris , bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka , Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu .

Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu

*Jepun memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utamanya;
1)Memulihkan keadaan awam
*Jepun ingin memulihkan keadaan masyarakat tempatan yang didakwanya sebelum ini huru-hara atau tidak aman ekoran penentangan terhadap pemerintahan Asia Untuk Orang Asia.
2)Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu
*Jepun ingin menggunakan hasil ekonomi untuk membantu masalah ekonomi yang sedang melanda Jepun pada waktu itu dan menaggung pembiayaan tentera-tenteranya di Tanah Melayu dan jajahan yang lain.Pembiayaan adalah dalam bentuk senjata,makanan dan kemudahan ketenteraan.

Antara corak pentadbiran ketenteraan Jepun di Tanah Melayu adalah seperti yang berikut;
1)Pentadbiran Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun atau Gunseikan yang bertanggungjawab kepada Ketua Agung Tentera (Pengarah Agung),kawasan ketujuh di Singapura.
2)Setiap negeri pula diketuai oleh seorang Gabenor Jepun atau Syuchokan yang dibantu oleh Majlis Wilayah(Penasihat)yang bertujuan menggantikan Majlis Mesyuarat Negeri.Sebilangan besar dianggotai oleh tentera Jepun sendiri.
3)Singapura dikenali sebagai Syonan ditadbir bersama dengan Malai Baru dan Sumatera.
4)Negeri-negeri Melayu Utara yang terdiri daripada Kelantan,Terengganu,Perlis dan Kedah diserahkan kepada negara Thai pada bulan Ogos 1943.

      Kesan-kesan pendudukan Jepun



Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang .Antara kesan secara khusus ialah;

 Kesan sosial


          Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun.kebanyakkan orang melayu dan india mejadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri thai dan burma.
Orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang .


    Kesan Ekonomi

     Pada masa pemerintahan Jepun ,kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan.Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan .Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot . 
   Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi . Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.


       Kesan politik
Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan rakyat hidup dalam kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah:
  1. Wujudnya kesedaarn politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu . Propaganda “asia untuk orang asia” menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.
  2. Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.orang-orang melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris . Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang . Sikap antipenjajah di kalangan orang melayu semakin berkembang.


  Tanah Melayu Selepas Pendudukan                                   Jepun

    Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh parti komunis Malaya (lebih dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih kurang 14 hari . Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam kabut.kekacauan,persengketaan dan pertempuran antara kaum(contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.


                        KESIMPULAN


      Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, Kerajaan Melaka setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri -negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri.
     Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara yang seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Namun, kekayaan ekonomi serta kemajuan  kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara ini. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sebuah sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia hari ini padat dengan gabungan, asimilasi dan sinkritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul.
      Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial, politik dan ekonomi Tanah Melayu. Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan. 


Pendapat Anda Tentang Kesan Pendudukan Penjajah Di Tanah Melayu
   
    Pada pendapat saya kesan pendudukan penjajah dia Tanah Melayu ialah berikutan kesilapan, kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri Melayu berkenaan, kuasa-kuasa asing ini telah mengambil kesempatan dan peluang yang ada pada ketika itu untuk menjajah Tanah Melayu.

Tambahan pula, kuasa-kuasa asing ini sememangnya mempunyai sebab-sebab utama demi kepentingan kuasa masing-masing untuk menjajah negara-negara di Asia Tenggara. Hal ini adalah selaras dengan matlamat penjajah untuk memperolehi dan menguasai kawasan yang mempunyai sumber bahan mentah serta menyebarkan agama mereka antaranya agama Kristian. Motif  3G iaitu Gold, Glory dan Gospel telah dijadikan sebagai slogan kedatangan penjajah pada peringkat awal di negara ini.

Penjajah telah meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas negara ini khususnya yang berkaitan dengan sistem pentadbiran, ekonomi dan pendidikan. Penjajah juga telah meninggalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini. Impaknya, Malaysia pada hari ini telah muncul sebagai sebuah negara yang bukan sahaja mempunyai masyarakat yang berbilang kaum tetapi juga kaya dengan warisan sejarah sehingga menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.